Friday, October 20, 2006

Get Rich and Stay Rich Islamically through Rizq halal & rizq barakah

People work hard to get rich and stay rich. These are seven steps we can take to be a blessedly wealthy Muslim (points taken from speech given by Ustazah Nut Bahiyah):

• Putting your best efforts
• Doa (asking Allah to bestow us with prosperity). This includes to make other form of amal such as performing solat dhuha, solat hajat, reciting surah Yasin and surah al-waqiah (The deeds must be done sincerely for Allah, not for wealth. Any wealth that comes is just the ‘by-product’/rewards that come from Allah)
• Tawakal
• Infak (spend the wealth generated in the course of Allah)
• Pay zakat, sadaqah and other forms of generosity
• Keeping good brotherhood
• Syukr (thankful to Allah)

Thursday, October 12, 2006

Thursday, October 05, 2006

Bersederhana sebagai langkah berjimat

Oleh MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD


BULAN Ramadan yang mulia merupakan bulan di mana umat Islam berpuasa. Berpuasa mengajar kita untuk mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang ditegah.

Hakikatnya, banyak perkara dapat kita pelajari daripada hikmah berpuasa.

Antaranya, tarbiah berpuasa seharusnya dapat dimanifestasikan dalam cara kita mengawal perbelanjaan seharian.

Perkara ini pastinya penting, tambahan lagi dalam konteks kenaikan harga barangan yang hangat diperkatakan sekarang. Kemampuan untuk menguruskan perbelanjaan dengan baik sangat bersangkutan dengan gaya kepenggunaan kita. Sikap boros dan berlebih-lebihan boleh menjerumuskan seseorang ke dalam kancah kewangan yang kronik.

Justeru, Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa bersederhana dalam setiap perkara. Ini termasuklah dalam soal kita berbelanja.

Berpuasa dilihat dapat mendidik kita agar menjadi lebih terkawal dalam menguruskan perbelanjaan. Namun, ramai yang sering berbelanja berlebih-lebihan dalam bulan puasa terutamanya apabila kita membeli juadah untuk berbuka. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana corak perbelanjaan seperti ini lebih terdorong oleh nafsu perut yang lapar.

Sebagai panduan bersama, terdapat empat panduan penting yang dapat kita amalkan dalam mengawal corak perbelanjaan kita agar kita mampu bersederhana dalam soal kepenggunaan. Keempat-empat panduan ini merupakan inti pati di sebalik sunah Rasulullah s.a.w. yang berkaitan dengan cara Baginda mengambil makanan.

Yang pertama; Baginda s.a.w biasanya hanya akan makan apabila Baginda mula merasa lapar. Ini perlu kita contohi bukan sahaja dalam soal mengawal diet pemakanan yang baik, malah, dalam berbelanja, kita sepatutnya hanya membeli untuk perkara-perkara yang diperlukan sahaja. Inti patinya ialah, apabila datang keperluan untuk kita membeli sesuatu barangan, barulah kita berbelanja kepada perkara tersebut.

Panduan kedua; kita juga dianjurkan untuk mengambil makan sekadar jumlah yang diperlukan sahaja meskipun kita dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah. Anjuran ini jika dihayati membawa maksud, apabila berbelanja, kita seharusnya hanya membeli sekadar keperluan dan kemampuan diri sendiri. Sikap membazir dan berlebih-lebihan perlu dijauhi kerana Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas (Al-Quran, 5:87).

Seterusnya, Baginda s.a.w. juga makan dengan tertib dan mengunyah makanannya dengan baik. Dalam konteks kepenggunaan, anjuran ini mengajar kita agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan menggunakan sesuatu barangan itu sebaik-baiknya sehinggalah ia tidak lagi berfungsi.

Panduan terakhir, Baginda Rasulullah s.a.w. juga akan berhenti makan sebelum Baginda merasa kenyang. Amalan ini menunjukkan betapa kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan dorongan hawa nafsu dalam soal pemakanan dan ini termasuklah juga dalam soal kepenggunaan. Amalan ini membolehkan seseorang itu betul-betul mengecapi nikmat makanan yang dimakan atau barangan yang digunakan. Ini dapat melahirkan rasa cukup dalam diri seseorang dan menjadikannya hamba yang bersyukur.

Meskipun keempat-empat panduan yang digariskan tadi berkaitan dengan soal pengambilan makanan, namun jelas ia juga dapat dihayati dalam konteks amalan kita berbelanja. Semoga dengan panduan ini, kita akan dapat bersederhana dalam soal berbelanja.

Kesempatan bulan Ramadan ini seharusnya digunakan untuk kita melatih diri untuk bersederhana dalam mengawal perbelanjaan semasa.

From Utusan Malaysia on Oct. 6 2006