Dr. Mohd Nahar Mohd Arshad
Petikan dari Utusan Malaysia, 12 Febuari 2013
Tidak ada belenggu yang lebih menjerat melainkan
apabila seseorang itu hidup berlebih dari kemampuannya. Asas utama dalam
membina kestabilan kewangan ialah untuk berbelanja mengikut kadar kemampuan
diri. Namun, dengan trend yang membudayakan
hidup berhutang untuk berbelanja, ramai yang gagal pada perkara asas
ini.
Isu ini biasanya berlaku kepada golongan
berpendapatan tengah di mana mereka mempunyai akses kepada kredit dan pada masa
yang sama terpaksa mengimbangkan antara keinginan dan kemampuan. Hidup secara
bersederhana wajar menjadi panduan tetapi apabila keinginan menguasai diri,
kemudahan kredit yang ada sering disalah guna sehingga menjerumuskan diri ke
kancah hutang.
Jadi
bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa kita sebenarnya hidup melebihi
dari kadar kemampuan? Tidak mempunyai tunai mencukupi untuk memenuhi
keperluan-keperluan asas adalah petanda terakhir kepada musibah kewangan diri.
Namun, terdapat beberapa petanda awal yang perlu kita sedari sebelum musibah di
atas melanda.
Tidak mempunyai simpanan kecemasan
adalah petanda awal yang perlu diambil perhatian. Ya, menabung dengan
sikit-sikit lama-lama menjadi bukit itu sesuatu yang hambar, tetapi ia bukanlah
sesuatu yang kompleks untuk sukar dilaksanakan. Pun begitu, masih ramai yang
kecundang dalam perkara ini.
Berapa banyakkah jumlah untuk simpanan
kecemasan? Mempunyai simpanan sebanyak tiga bulan kadar perbelanjaan adalah
sesuatu yang munasabah, manakala mempunyai simpanan enam bulan kadar perbelanjaan adalah sesuatu
yang ideal. Bayangkan sekiranya anda hilang pekerjaan, selama manakah anda
dapat menampung gaya hidup sekarang?
Maka, kegagalan untuk menyimpan sedikit
dari jumlah pendapatan merupakan antara petanda kepada musibah kewangan yang
bakal menanti.
Petanda seterusnya ialah apabila bayaran
hutang rumah lebih dari jumlah pendapatan seminggu. Misalnya, seseorang yang
mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000, peruntukan hutang rumah
sewajarnya tidak lebih dari RM1,000. Jika lebih, stress kewangan akan meningkat
berikutan desakan untuk memenuhi keperluan-keperluan lain.
Jumlah baki kad kredit kekal sama dengan
tahun lepas merupakan petanda stress kewangan yang berikutnya. Jika jumlah nya
terus meningkat dari bulan ke bulan, seseorang itu sudah terjerumus dalam
krisis kewangan.
Ini merupakan petanda stress kewangan
yang penting kerana hutang kad kredit adalah mahal dan melibatkan perbelanjaan
gaya hidup seperti percutian. Tidak seperti hutang rumah yang boleh
meningkatkan ekuiti seseorang, hutang kad kredit biasanya melibatkan
perbelanjaan untuk sesuatu yang kurang produktif.
Petanda stress kewangan seterusnya ialah
apabila seseorang itu membeli barangan yang mahal melalui tawaran pembiayaan
tanpa faedah dengan harapan dia mampu melunaskannya nanti.
Samada tawaran ini melibatkan “beli
sekarang dan bayar tanpa faedah sehingga tahun depan” atau “tiada bayaran
bulanan selama enam bulan”, meskipun
menarik tetapi boleh memerangkap.
Masalah biasanya bermula apabila
seseorang itu gagal melunaskan bayaran secara penuh mengikut masa yang
ditentukan. Caj riba yang dikenakan biasanya tinggi serta menjadi lumrah di mana
caj dikira bermula dari tarikh pembelian mula dibuat.
Petanda yang berikutnya ialah apabila
seseorang itu menggunakan satu kredit kad untuk membuat bayaran kad kredit yang
lain melalui pemindahan baki. Ya, pemindahan baki dapat mengurangkan beban caj
yang dikenakan tetapi jika pindahan baki dibuat untuk meningkatkan had siling
hutang, itu adalah petanda yang tidak sihat.
Petanda yang terakhir ialah apabila
seseorang itu berfikir, Aku tidak sepatutnya membeli barangan ini tetapi…”.
2 comments:
Different services can help you find the perfect place for you
and advice you what to do to reach it. The CFM measure is useful for determining the vacuuming ability.
Adult comfort - It is all well and good to have your baby comfortable,
but if your back carrier is not comfortable then
you will not be going far (or you will only be doing it once.
Here is my weblog :: http://wonderchoir.com/groups/insights-on-realistic-plans-for-backpack/
Salam,
Thanks for the very well advice post bro. I am still young yet I have a feel of regret for this late-found of your blog. Still, better than later though.
Post a Comment